PIALA SUPER KRM 2009

Posted by Blogger Malaya | 7:24 PM | , | 0 comments »

MRUSANDAKAN EAGLES JULANG PIALA SUPER KRM 2009
5 PENALTI BADRUL HISHAM GAGAL BANTU COBRA.

Kejayaan Badrul Hisham Basri menyempurnakan 5 sepakan penalti yang memberikan 15 mata peribadinya dan untuk pasukan COBRA dalam perlawanan akhir Piala Super KRM 2009, gagal untuk menidakkan kebangkitan Sandakan Eagles di separuh masa ke dua.

Bermula dengan baik dari awal wisel dibunyikan oleh Pengadil Khairulizam Ramli, COBRA pantas mengasak kubu Eagles yang nampak gugup dengan reputasi lawan mereka yang lebih berpangalaman selepas mengharungi beberapa perlawanan liga sebelum ini serta sebagai Juara Liga Super KRM 2009.

Anugerah penalti di minit ke 2, pantas di sepak kemas oleh Badrul Hisham untuk mendapat 3 mata pertama permainan dan di minit ke 8, sekali lagi Badrul Hisham menghukum Eagles dengan sepakan penaltinya.

Eagles cuba bangkit membuat serangan balas, tetapi benteng COBRA kemas bertahan dan sekali sekala membalas serangan tetapi malangnya masih gagal untuk memasuki kawasan gol Eagles kecuali dengan mencuri 3 lagi mata melalui sepakan Badrul Hisham di minit ke 36 untuk menjadikan kedudukan lebih selesa kepada 9-0.

Namum Eagles yang nampak tidak berputus asa, berusaha keras mengasak kubu COBRA yang akhirnya bolos juga dengan try oleh Apenisa Vasutoga di minit ke 40. Dan dengan kejayaan sepakan conversion oleh Mohd Raslan, Eagles merapatkan jurang sebelum wisel rehat dibunyikan.

Separuh masa ke dua, Badrul Hisham sekali lagi menghukum Eagles dengan sepakan penalti ke 4 nya di minit ke 51 permainan untuk menjarakkan mata tetapi kebangkitan Eagles selepas itu gagal dibendung oleh COBRA yang kelihatan agak layu disebabkan oleh permainan pantas dalam keadaan cuaca yang agak panas pada petang semalam. Try minit ke 58 oleh pemain gantian Eagles, Fain bin Musa untuk menyamakan kedudukan kepada 12 sama seolah-oleh memberi harapan baru kepada Eagles dalam usaha mereka memburu kejayaan, lantas memberi tekanan kepada COBRA yang sedikit goyah untuk mengikuti rentak permainan pantas Eagles yang nyata lebih tinggi kecergasan mereka.

Dan ditambah dengan try sekali lagi oleh Faim Musa, 4 minit kemudiannya, melonjakkan pegawai dan pemain simpanan pasukan Eagles dari bangku simpanan atas kegembiraan mereka mendahului untuk kali pertama selepas 62 minit permainan.

COBRA cuba bangkit dengan menyusun semula barisan serangan mereka, namun peluang yang diperolehi disia-siakan apabila memasuki kawasan berhampiran gol Eagles dengan kesilapan-kesilapan kecil yang tidak harus berlaku kecuali tambahan 3 lagi mata dari sepakan penalti Badrul Hisham untuk menjadikan kedudukan 15 - 17 di minit ke 75.

Dan dalam kegairahan COBRA mencari kemenangan mutlak untuk membuat try, giliran Jude Rapanganjouw menghukum COBRA dengan sepakan penalti diminit ke 78 untuk menjarakkan semula kedudukan kepada 20 - 15 yang juga kekal sehiggalah wisel penamat dibunyikan.

Dengan kemenangan ini, Sandakan Eagles yang hadir dari "Bumi di Bawah Bayu" merasakan usaha mereka membelanjakan lebih dari RM50 Ribu dalam menyertai kejohanan tahap tinggi peringkat kelab ini, berbaloi.

Sementara itu, dalam permainan bagi menentukan Juara Plate Piala Super KRM di antara pasukan NS Wanderers dan JLJ Diraja yang diadakan pada awal petang, dimenangi oleh NS Wanderers dengan keputusan 25 - 15.

Walaupun pada mulanya, NS Wanderers nampak mudah untuk mengatasi JLJ dengan penalti di minit ke 2 oleh Mohd Nor Jefri dan diikuti dengan try Nazmi Husein di minit ke 5, serta conversion Mohd Nor Jefri, namun JLJ sekali sekala bangkit dengan asakan berkesan mereka ke kubu NS Wanderers untuk mengutip mata melalui sepakan penalti Shafee Burhanalis di minit ke 9 sebelum giliran Bendito Koroi menambah try di minit ke 13 permainan serta sepakan conversion Mohd Nor Jefri untuk menjadikan kedudukan 17 - 3 berpihak kepada Wanderers. Minit ke 22, gerakan menarik dan tersusun dari JLJ menyaksikan Shafee meloloskan diri untuk melakukan try pertama JLJ untuk menjadikan kedudukan 17 - 08 berpihak kepada Wanderers sebelum wisel rehat dibunyikan oleh pengadil Rahimi Mohd Mansur yang dipertanggungjawabkan untuk mengawal permainan.

Seminit masuk separuh masa ke dua, Ainol Fizy Ruslan mengejutkan barisan pertahanan JLJ yang gagal membuat tackle yang kemas untuk memberi peluang kepada pemain kebangsaan itu, melakukan try bagi menambah 5 mata, namun JLJ membalasnya dengan try oleh Shafee 5 minit kemudian dan dengan conversion oleh Rohimi Ahmad, JLJ merapatkan lagi jurang mata kepada 22 - 15.

Dalam usaha mereka untuk terus merapatkan mata, JLJ di hukum oleh penalti Mohd Nor Jefri di minit ke 71 untuk menjarakkan diri kepada perbezaan 10 mata tetapi semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh pemain JLJ di sepanjang kejohanan ini amat mengkagumkan. Walaupun menyedari usaha mereka tidak akan memberi kemenangan mutlak, mereka tetap berusaha untuk melakukan try walaupun ianya sudah masuk ke minit ke 80 iaitu masa penamat permainan. Dengan try terakhir yang dilakukan oleh Mohd Razif dan sepakan conversion yang tidak berjaya, JLJ akur dengan keputusan 25 - 20 berpihak kepada NS Wanderers yang sekali gus menjuarai kategori Plate yang dipertandingkan.

KEPUTUSAN PENUH

PLATE : NS WANDERERS bt JLJ DIRAJA - (25 - 20)
CUP : SANDAKAN EAGLES bt COBRA - (20 - 15)

Tahniah kepada pasukan yang berjaya dan terima kasih kepada semua pasukan, pegawai, pemain, pegawai perlawanan, pegawai teknikal, petugas, Media, penyokong dan peminat sukan ragbi yang telah memberikan kerjasama yang baik di sepanjang kejohanan Liga Super KRM dan Piala Super KRM ini dijalankan.

Dan setinggi terima kasih kepada pemilik-pemilik padang permainan yang telah memberi kebenaran kepada KRM untuk menggunakannya, terutamanya kepada Politeknik Sultan Salehuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam, TUDM Subang dan UPM Serdang.

0 comments