Selamat Tahun Baru 2010

Posted by Blogger Malaya | 12:07 AM | 0 comments »

2oo9 bakal meninggalkan kita. Apakah matlamat pemain ragbi kita pada tahun hadapan?

kalau tak silap ada Inter Kor TD tahun depan nih...
dengar kata pemain yg telah mewakili darat tidak dibenarkan bermain untuk kejohanan tersebut. Kalau benar... masak laaa TUT!

Salam Brader,
Senarai terkini pada 28/06/09. Pelan akan diusahakan selewat lewatnya awal minggu depan. Bersetuju dan telah diberitahu dlm email terdahulu supaya dapat berkumpul diMasjid Putra Jaya utk sembahyang magrib dan seterusnya kawad kaki ke Taman warisan. Bolih kot?
(acah ajeee)



Bil Nama Intake No AFTATS Otai Ragbi
1 Brader Munawir 1 530024 Yes
2 Brader Saleh Sadri 1 530059
3 Brader Abu Hashim 1 530049
4 Brader Sahaludin 1 530051
5 Brader Ramli 2 530111
6 Brader Ghani 2 530072
7 Brader Hj Rashid 2 530069
8 Brader Kamaludin 4 530183
9 Che Ghazali Yussof 4 530233 Yes
10 Brader Zul Linggi 4 530187
11 Brader Masuan Ali 5 530267
12 Brader Hj Radzi 6 530331
13 Brader Rosly 6 530349 Yes
14 Brader Zul (RSM) 6 530359
15 Brader Abd Hadi 15 531463
16 Brader Alias 6 530302
17 Brader Tamat 6 530355
18 Brader Dr. Hassan 6 530343
19 Brader Ghaffar 6 530316
20 Brader Adka 6 530332
21 Brader Zaini 6 530337
22 Brader Hamid 6
23 Brader Kamaruddin Penyu 6
24 Brader Kamaruddin Linggi6
25 Brader Kasiran 6
26 Brader Ibrahim Batan 6
27 Brader Suhaimi 6
28 Brader Hj Abdullah 6 530307
29 Brader Razak 6
30 Brader Md Salleh 6
31 Brader Nik Kadir 6
32 Brader Idris 6
33 Brader Md Salleh 6
34 Brader Amir Abdullah 6
35 Brader Dzul Dabong 6
36 Brader Malik Yaman 6
37 Brader Fadzil 6
38 Brader Hj Mashan 7 530390
39 Brader Zukree 7 530410
40 Brader Haris 8 530441
41 Brader Fuad 10 530582
42 Brader Abu Bakar Kamarudin X 530548 Yes
43 Brader Hj Kamaludin Saidon 11 530605 Yes
44 Brader Zahari 11 530637 Yes
45 Brader Mazlan 12 530662
46 Brader Ayub 13 530768
47 Brader Hazhar Yusof 13 530851 Yes
48 Brader Masdi Sagap 14
49 Brader Mohd Rais Daut X 531398 Yes
50 A'ssri Ramli 15 531417
51 Brader Shukor 15 531483 Yes
52 Brader HS Marketing 15 531482 Yes
53 Brader Nor Azmi 15 531488 Yes
54 Brader fendi ccyber 21 535150 Yes
55 Brader Mohd Zaki Razali 20 534641 Yes
56 Brader Zaki Artileri X No x tahu Yes
57 Brader Azhan X 536156

Posted by boyak | 11:31 AM | | 0 comments »


Pasukan Ragbi Kor JLJ Diraja menjuarai Kejohanan Ragbi USM Jokers 10's

TD akan bangkit dari kekalahan

Posted by boyak | 12:00 PM | 0 comments »

Sudah hampir lima hari kejohanan Inter service berlalu tetapi kesan daripada kekalahan TD kepada TUDM masih lagi hangat terasa. Kekecewaan para pemain masih dapat dirasakan, rata-rata pemain telah memasang azam dan tekad untuk mengalahkan TUDM pada kejohanan yang akan datang. Kekalahan di medan sendiri amat menyakitkan hati sehinggakan ramai pemain yang begitu kecewa, mengeluarkan air mata dengan kekalahan tersebut. Para pemain mesti membuktikan bahawa TD akan bangkit dan akan merampas kejuaraan itu kembali. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh supaya hasrat untuk menjuarai kejohanan itu tercapai.


Date: 2009/5/28
Subject: [brader] AFATS Lebih Nostalgik. RAR SOKONG BLACK HAWK huha.....
To: brader@yahoogroups.com





salam braders

Handphone br Joeraymon asyik tertekan 0166220603 RAR.

Br Taib Intake 2 berterus terang dia lebih mesra bertemu gang AFATS. Dia kurang berselera untuk jumpa skot pegawai Intake 22. Mungkin sebab kita sama2 membesar selama 3 tahun 1969-1972 di AFATS. Di Sebatang Karang PRE-OCTU dan RMC cuma 10 bulan.

RAR secara peribadi rasa persahabatan yang berlangsung 40 tahun walaupun jarang bersua lebih mantap. Walaupun di Universiti 3 tahun tapi graduan satu Fakulti tidak seintip di AFATS. Apabila jumpa di brader walaupun baru kenal sejak Jul 2008 macam dah kenal 40 tahun. Itulah manisnya AFATS.

Yang nak cuba2 gaduh dengan RAR pun tak jadi gaduh sebab RAR bukan kaki gaduh.

Gang rugby pun gaduh cuma di padang. RAR support Balck Hawk sebab bekas TUDM dan support EME sebab pernah dididik di EME School . 2 2 sokong. Hidup AFATS. Hidup TUDM heeeeeeee






lebih kurang 11 mlm tadi telah selesai majlis makan malam yang diberi nama Malam Mesra sempena Kejohanan Ragbi Antara Perkhidmatan ATM 2009. Majlis tsb tlh dihadiri oleh semua pasukan. Majlis telah diserikan lagi dengan persembahan De Electras. Tapi pemain2 nampak mcm tak de respond je dgn nyanyian mereka.

Selain makan kambing BBQ, Ayam panggang, nasi goreng cina, bihun goreng singapore, hotdog, sosej, coslaw dan buah2an tempatan, dalam pada masa yang sama, pemain2 semua disajikan juga dengan paparan skrin perlawanan2 yang telah dirakam oleh pihak penganjur. ( saya cuba dapatkan rakaman video utk dimuatkan kat blog nih nnti insyaallah.

so moral kat sini.. hahahaaaaaa......depa kat sini tgok rakaman perlawanan dan makan selain kutuk mengutuk sesiapa yg buat mistake dalam rakaman tsb. Sekali sekala je depa respond dgn nyanyian De Electras.


Walau apa pun yg pentingdepa smua kenyang perut dan happy...


p/s kat luar padang kita sahabat... tapi bila dalam padang kita musuh... (petikan ucapan aluan dari Komandan IJED...hahahahaaaaa)

Kekalahan Ke 2 Navy

Posted by Blogger Malaya | 7:36 AM | , , | 1 comments »

Perlawanan ke 2 dalam kejohanan ragbi antara perkhidmatan angkatan tentera malaysia 2009 adalah di antara Navy ORCA dan Air Force BLACKHAWK. Perlawanan yang bermula pada separuh masa pertama memaparkan kesungguhan anak didik Komander Suhaimi untuk mendapatkan mata pertama dengan jumlah masa menguasai bola lebih daripada BLACKHAWK yg mendapat sentuhan Fauzi Air force ( sory bro pangkat tak ingat ).

namun begitu ketika minit awal separuh masa kedua berlangsung. BLACKHAWK telah berjaya mendapatkan 3 mata pertama dalam percubaan membuat DROP KICK di dalam kawasan 22 pihak ORCA. Ketika pada 20 minit masa permainan tamat, BLACKHAWK berjaya mendapatkan mata melalui try pemain scrumhalf (NO.9) nama tak ingat... hahaha dan CONVERTION pun berjaya dilakukan oleh STANDOFF (NO. 10)

SO nacy kalah kali kedua dengan mata 0 berbalas 10

Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Kol Shohaimi selaku Pengerusi Ragbi TD. Setelah diperkenalkan kepada kedua-dua pasukan sepak mula telah dimulakan. Perlawanan pada separuh masa pertama agak perlahan dimana kedua-dua pasukan bermain dengan berhati-hati. Kedudukan pada separuh masa pertama berkesudahan tampa mata. Pada separuh masa kedua perlawanan menjadi semakin sengit dengan kedua-dua pasukan saling asak-mengasak untuk mendapatkan mata. Keputusan muktamat TD menang dengan mata 12 - 08.

Braders ,

Saya main rugby ni kat AFATS tahun 80 di paksa oleh Ltm Ramli Komando...Intake kami jadi pilihan dan dia yang lanyak kami. Sampai ke JLj kami daftar untuk teruskan permainan untuk open NS dan dapat jadi naib johan (ketika itu sapa dapat johan/n-johan diarak tawaf satu EME School dan dipelawa makan ngan CO (Kol Zainal) kat rumah makan pegawai.

Dan lepas tu intake kami meneruskan tanpa ada pegawai tapi dilatih oleh LC Shamsudin (Mej) ketika itu sedang kursus penyesuaian untuk class 2/1 sebab dia terus ke JK 2 Letronik DAN ramai juga pegawai yg join masa tu.

Setelah saya posting ke Arti Wing, saya masih dipanggil untuk latihan pusat dan proses ini berterusan sehingga saya berhenti tahun 91. Nama-nama pegawai yang disebut tu ada tapi menjadi pegawai sahaja bukan pemain. Pegawai muda yang puas main seingat saya LT Zul Pendek, Kapt Ashif, Lt Shamsudin (WEO), Kapt Hanapiah (KOL) dan Kapt Sahar(WEO),Kapt Mohd Noor...Yang lain jadi pegawai pengiring pasukan.

NANTI SAYA CITA LAGI...

Coretan Brader Fuad Poland

Posted by Blogger Malaya | 7:03 AM | | 1 comments »

Salaam mencelah otai-otai semua. Akrab sungguh geng otai nih. Well done. Tapi saya rasa terpanggil utk berkongsi maklumat yg saya kira ada kena mengena dgn kebangkitan Ragbi AFATS/JLJ nih. Memang tak dinafikan ragbi AFATS memang ganas masa dulu tapi setahu saya masa masuk AFATS tahun 77, ragbi AFATS telah menurun, tak sehebat dolu-dolu. Betulkan saya G8, G9, G10, G11 dan GG masa tuh. Even Skot10 pun entah berapa orang je yang tahu ragbi ni.

Kalau tak silap sy kebangkitan Ragbi JLJ dan kemudian diikuti oleh AFATS pada tahun 1984/5 yg diilhamkan semula oleh Kapt Taib Brader 2 yg ketika tu merupakan salah seorang staf Sek JLJ. Pertandingan pertama kalau tak silap 7-Side TD kat Kluang. Walaupun masa tu ramai yg baru pertama kali masuk kat padang bertanding, tapi ramai gak yg dipilih utk centralised trg utk Darat. Dan bermula dari suntikan tangan Kapt Taib, maka Ragbi JLJ/AFATS bangkit semula, dan lahirlah otai-otai yang gagah semua nih.

So, kalau fakta saya ni betul, saya rasa otai-otai semua intai2 lah Brader Taib G2 tu. Tanpa dia mungkin lom dapat nama otai lagi kot sekarang ni.

Sekadar menjengah.

582 Fuad Poland

Kejohanan ragbi Antara Perkhidmatan ATM 2009 akan dilaksanakan dia Padang Merdeka, Port Dickson. Kejohanan ini berlangsung selama 4 hari iaitu bermula 25 hb hingga 29 hb Mei 2009. Kepada braders yang berkesempatan untuk melihat perlawanan tersebut adalah dijemput hadir. Masa Perlawanan adalah pada 1645 - 1845.

Perlawanan pertama 25 mei 2009: TDM vs TLDM

I LOVE RUGBY

Posted by boyak | 12:01 PM | 1 comments »

GIVE BLOOD PLAY RUGBY

History Of Rugby In Malaysia

Attention: open in a new window.

Rugby in Malaysia is very much older than most people realise. Earlier records shows that the game was being played with great enthusiasm by our predecessors more than a century ago and the rugby match which until recently was one of the most important items in the domestic rugby programme had its beginnings in the 1890's. In those days however there was not much scope for players outside Singapore. The inter club match between the Singapore Cricket Club and the Selangor Club was first played in 1902. But rugby had not begun in Perak and the only match was an annual "Scotland Vs Rest of The World" in Penang which was played in each November in the memory of St. Andrew.

Progress was slow up to the days of the 1st World War but the game in Malaya received a tremendous fillip from the visit of the battleship "HMS Malaya" and the presentation of the "HMS Malaya Cup". This trophy which was meant so much for the game in this country was presented by Captain H. T. butler and the officers of the battleship in 1921 on the occasion of the vessel's first visit to the land whose money built her during the war in 1914 - 1918. During their stay, the ship's officers and crews engaged in a carnival programme of sport all over the country and it was rugby that they proved keenest and most proficient. They played five games during their stay. They were beaten by Selangor 05 - 03 and Ipoh District 03 - 00 but they beat Singapore 11 - 00, Malacca 20 - 04 and Negeri Sembilan 05 - 03. So the honours were with the visitors. After the ship departed, the officers sent to the Chief Secretary, FMS, and the two trophies which are known as the "Malaya Cup". One for rugby and the other for football. They were given perpetuity for annual competitions.

It was decided by a committee formed among the states that the competition should be organised on inter-states lines in two sessions. The northern and southern states playing against each other on the knock-out principle and the champions of each section contesting for the final.

In the northern section, there were four competition sides - Selangor, Perak and Kedah. The southern section comprises Negeri Sembilan, Melaka, Singapore and Johor (who entered in 1923). In the early years, the Services (Army, Navy and Air Force) were very small units then combined with Singapore until 1927. In that year they entered as the Combined Services and immediately become a power in the southern section.

In the 1932 - 1933 seasons, Negeri Sembilan and Melaka who were finding it difficult in slum times to raise individual fifteens were granted permission to combine and have played as a single unit since. Forerunner of the Malayan Rugby Union was the abovementioned joint committee of the states which administered the Cup competition formed in 1921. When the Union came into being the committee continued to function side by side with it for a number of years, but eventually in 1935 the control of the HMS Malaya Cup competition passed into the hands of the Union. In the same year the United Services split up into two separate units - the Army forming one and the navy and Air Force combining to form the other.

Dr. H. W. Jack, Rev. R. D. Whitehorn of Selangor and Dr. E. D. Lindow of Singapore were the three men whose enthusiasm and desire to see the game make greater progress in this country. Dr. Jack, one of the finest players who ever appeared on a Malayan rugby ground and one of the selected few who achieved international honours at home (Ireland) was the first Honorary Secretary and Treasurer and fulfilled those duties for six years. Mr. J. M. Bell of Selangor was the first President.

The Union's guiding purpose always has been to control and encourage rugby in Malaysia and it has fulfilled that objective to good effect, if not spectacularly. The years that have passed since it was formed in 1927 have been marked by increasing popularity of the game throughout Malaysia and growing keenness among players.

Prior to the 2nd World War, the MRU was concerned mainly with European players for the appeal of soccer and hockey amongst young Asians steadily growing in sports consciousness was far greater for few players were selected for state teams.

The initial stimulus in popularising the game amongst Asians came from Negeri Sembilan where in 1925 the Negeri Sembilan All Blues were founded by Lt. Commander (Retired) Lander R. N., who became planter in 1922. The "All Blues Cup" presented by the Negeri Sembilan All Blues and subscribed to by supporters in the state was first competed for in 1934. The aims being to encourage inter state rugby among the Asians players. The competition was controlled by the All Blues RFC and was run similarly to the HMS Malaya Cup. Singapore and Perak shared the honours until 1939. Singapore wining four times and Perak twice but in 1940, Penang beat Singapore by 21 - 00 in Kuala Lumpur.

In 1941, there were 08t members of the Malayan Rugby Union that is clubs entitled to vote at general meetings of the Union and which had a voice in the control of its affairs and 19 affiliated clubs which entitled to representation. The member clubs comprised the State and Settlement organisations and the Services units and each was allowed to nominate a Vice President. The member clubs were:

§ Army Rugby Football Club, Singapore

§ Johor Rugby Football Club, Johor Bharu

§ Negeri Sembilan & Melaka Rugby Football Club, Seremban

§ Penang Sports Club, Penang

§ Perak Rugby Football Club, Ipoh, Perak

§ Royal Navy and Royal Air Force Rugby Football Club, Singapore

§ Selangor Club, Kuala Lumpur, Selangor

§ Singapore Cricket Club, Singapore

The affiliated clubs were in the main Asian clubs which under the constitution and rules of the Union had to become affiliated to the Union if they wished to arrange fixtures with clubs in membership as follows:

§ Anderson School Rugby XV, Ipoh, Perak

§ Eurasian Volunteer Rugby XV, Penang

§ FMS Police Rugby Football Club, Kuala Lumpur, Selangor

§ Klang Club, Klang, Selangor

§ Medical College Union Football Club, Singapore

§ Negeri Sembilan All Blues Rugby Football Club, Seremban

§ Old Edwardians Rugby Football Club, Taiping, Perak

§ Penang Chinese Recreation Club, Penang

§ Penang Free School, Penang

§ Perak Asiatic Rugby Football Club, Ipoh, Perak

§ Province Wellesley Rugby XV, Bukit Mertajam, Penang

§ Raffles College Union Rugby Football Club, Singapore

§ Selangor Chinese Recreation Club, Kuala Lumpur

§ Singapore Police Rugby Football Club, Singapore

§ Singapore Recreation Club, Singapore

§ Singapore Teachers Rugby XV, Singapore

§ St. Andrew Rugby XV, Singapore

§ Straits Chinese Recreation Club, Singapore

§ The High School, Bukit Mertajam, Penang

malaysia have a strong background of rugby and a great history too..rugby had been intoduced in malaysia since the pre-independence day..so i really feel that now is the time where rugby should be included as one of the core sports because in malaysia we have pools of great young talented rugby players..but too my dissappointment, MSN seems uninterested with rugby..and they still 'pulun' to focus on our football team which i feel is dead before we even start.. we are lacking of young talented footballers...i'm really sadden with the fact that rugby does not have full backup from the MSN..the only NGO who pulun to make our rugby local scene a grand occasion is the COBRA(combined old boys rugby association) ..i think without them,rugby will be dead for good..

i have stumbled upon people who have said that rugby is a game that have no future in it because of our size and by playing rugby we only' mengundang bahaya and sakit badan'..its untrue because for me every sports have its own risks..and every sports will make you 'sakit badan' at the end of the day..every sport..ok back to the size,size is not the excuse for us to neglect rugby,ok,look at sazali samad..our mr universe..look at his body..very muscular and big isn't it? believe me, his body is not that big the day he was born..haha..

my point is size can be build..send all the rugby players to the gym , give them supplement and a good diet which most of the rugby international team adhere to..if we want to make them BIGGER..inject some steroid la..Hahaha..alah, using steroid is not a big issue lah..most of great sportsmen use steroid to build up their muscle..but terkawallah...so this is where the dietician and nutritionist will come in handy..alah even in our local athletics scene,ada gak yg use steroid..for example my friend...the steroid was given to him by his coach for him to build up his muscle..of course after you take it you must work out 'gila-gila'..and don't forget to build up muscle you also need protein supplement..CREATINE..yeah..without this you only wasted your energy by going to the gym everyday..cause your muscle wont 'naek' one..i know lah...i da try...then after taking some protein supplement pills barulah berketul2..hehehe

ok look at the all blacks team..they also come from the same continent as malaysia rite? but why they have a great team comprised of BIG MAN..and look at fiji rugby..our closest..can i say..sibling..because their language is almost the same as our b.melayu..

so size is not the major issue for us to leave rugby from being the core sport..my opinion is drop football from the core sport and put rugby as it subtitute and look what rugby can offer..i have seen some great local rugby team before...JLJ kor diraja..very impressive..a team which comprised of locals and sekali pandang you all will think they are from the international side..because they are very BIG..seriously..alah..forget about our football team...sampai mampos pun xkan masuk world cup...unless kita jd tuan rumah..HAHA

here are some opinions from our local players on how to improve our rugby scene..

let's check it out..

Q:

We all love rugby. How to imrove our National Rugby performance at the international scene? Opinions fellow friends..

A:

  1. rasanye..akan lebih byk improve kalo kita dpt wujudkan league macam liga malaysia..cane nk dptkan sponsors ngan more coverage..pastu assistance sports science perlu ditingkatkan, should be available to all..tak gitu..kbs kata nak tumpu sports subjektif yg kita bole menang..diorang tak bukak mata lagi tgk potential rugby..kalo jepun bole buat..kita pon bole..saiz sama je..perut sama boroi
  2. More LOCAL players in the team, give them exposure!! with proper management and coaching program. We can start from the club itself. Now is the trend to all clubs to have lots of import players. Sometime 80% from the 1st team..As the result no quality players at crucial position.
  3. rasa2nya kan, MRU ni dorang ada tak mcm Pelan Pembangunan Ragbi for 5 years ke, 10 years ke? meaning that, ada mcm specific target group (local la kan...takkan fijian kot) utk winning something. mcm budak2 ragbi kat SSBJ dgn Bdr Penawar.. aku rasa its a waste to have that such potential talent, tapi lps tu tak buat proper plan utk dorang serve for the country. wasting..
  4. yap betul tu,aku rase development mcm budak2 SSBJ dgn SSBP dah betul tu..but,at the same time kat lain pun kena buat jgk.kalau tak mmg budak SSBP la yg conquer..mmg ade plan tu,tapi takde usaha yg bersungguh dari pihak tertentu nak menjayakannya..lepas tu plan jadi sekerat jalan je la.. Lagi satu mcm pulut ckp,fund takde pun payah jgk..asyik berhutang jela jadinye..
  5. apa kata kita organize satu plan to collect fund for MRU. organized by this community. aku percaya sebenarnya banyak pihak yg boleh support. many of our leaders (politician+businessmen) have their roots of rugby since school or university. somebody need to make a move...otherwise, sampai bila2 pun MRU punya tabung 'kosong' and dont talk about developing the sports... maybe for the start, buat fund raising dinner... maybe... dapat collect 100k pun ok laa... or maybe each collection for participation fees for any tournament sanction by MRU, 20% from total collection need to give to MRU as 'sanction fees' ... at least ada jugak income...kan...i dont know.. : my 10 cents thought!
  6. -set up team 40 org. set target & build up size kaw2..
    -training every month( jumaat, sabtu & ahad)- maybe sabtu friendly dgn local team cobra, rsc, nsw etc. then once in 4 months tour to SEA country mcm spore, thailand, brunei, sri lanka (flight sponsor by air asia). selected players only..so yg kita tinggal akan push harder.
    -target in 2 years beat spore..in 5 years top 5 team in asia..then world cup.
    -elaun for starting rm500 tiap2 bulan. sorang mgr, sorang coach.
    its posibble kerana kita skill dah ada, cuma fizikal aje(itu bisa diatur inject steroid la). with proper plan xde problem. mru have to come out dgn proper plan, mintak sikit budget dari KBS. then bila dah success baru big company nak sponsor.walaupun kebanyakan ceo big2 company used to play rugby, susah nak sponsor coz sape nak put their company goodwill to a loser..for starting x payah la tido hotel mahal2, duk asrama jer. dah sukses baru boleh la.. baru best masuk MANGGA. hahahaha
  7. ye btol2..funding is really important eventhough its not everything...n kalau boleh MRU try to put a little bit of effort to make rugby proffessional in Malaysia. At least macam bola sepak lah...main bergaji..training hari2...n then, kene set up a strong management committee sbb ape2 pun kalau player bagus management hampeh pun xgune jugak..law management bagus, player boleh jadi bagus...thats just my oppinion...nak gak tengok Malaysia masuk World Cup. Bola memang xde harapan sampai mamposlah...hahaha...

Piala Super KRM 2009

Posted by Blogger Malaya | 11:03 AM | | 0 comments »

Eagles juara Piala Super KRM

Oleh Mohd Ali Majid
bhsukan@bharian.com.my

SANDAKAN Eagles berjaya muncul juara Kejohanan Ragbi Piala Super KRM selepas menewaskan pasukan pilihan, Cobra 20-15 dalam perlawanan akhir di padang Politeknik Sultan Abdul Samad di Shah Alam, semalam.

Sekalipun lima penalti oleh bekas ketua pasukan kebangsaan, Badrul Hisham Basri gagal membantu Cobra merampas mahkota kejuaraan itu walaupun pemain itu gah dengan tiga penalti pada babak pertama dan dua penalti pada babak kedua.

Jelas Sandakan Eagles menuai kejayaan itu hasil keringat pemain, khasnya sumbangan Jude Ranpanganjouw ketika dia dengan bantuan tenaga import dari New Zealand dan Fiji menjadi penghalang dalam usaha Cobra mencari juara berganda selepas ditabalkan selaku juara Liga Super, minggu lalu.

Ketika kedudukan menyebelahi Cobra pada babak terakhir permainan, muncul pemain gantian, Fain Musa meletakkan pasukan di depan hasil try minit ke-62.


Dua minit sebelum tamat permainan Jude memastikan piala menjadi milik pasukannya apabila menyempurnakan penalti try. Sebelum itu dalam saingan merebut juara plate, NS Wanderers mengetepikan cabaran Kor JLJ Diraja, 25-20.

KEPUTUSAN
Sandakan Eagles 20 Cobra 15
NS Wanderers 25 Kor JLJ Diraja 20

APA ITU SUKAN RAGBI?

Posted by Blogger Malaya | 10:50 AM | | 0 comments »

Mengikut sejarah, permainan ini bermula pada tahun 1823 di sebuah sekolah di England. Orang yang dipercayai bertanggungjawab terhadap permulaan dan penciptaan permainan ini adalah William Web Ellis.

Menurut ceritanya, semasa bermain bolasepak William Webb Ellis tanpa diduga telah menangkap bola lalu dibawanya lari. Melihatkan perbuatan Ellis itu, rakan-rakan berasa marah dan terus mengejarnya. Yang menarik, lagi kuat Ellis berlari lagi ramai rakan-rakannya mengejar. Akhirnya terjadilah pergomolan dikalangan mereka dalam usaha merebut bola itu. Perbuatan Ellis itu diikuti pula oleh rakan-rakannya. Meraka kemudian turut melakukannya, maka bermulalah sejenis permainan baru.

Bagaimanapun ketika itu tiada siapa yang mahu menerima atau mengambil perbuatan Ellis dan rakan-rakannya untuk diperkembangkan sebagai sukan. Hanya kira-kira setengah abad kemudian, iaitu setelah Ellis meninggal dunia, barulah perbuatannya itu diingat kembali. Seorang rakannya, Mattheur Bloxam, telah menceritakan kembali perbuatan Ellis di dalam artikelnya di dalam majalah The Meteor pada tahun 1888. Sebagai mengenang jasa beliau, piala Kejohanan Ragbi Piala Dunia yang pertama telah dinamakan ”William Web Ellis Thropy” yang diadakan di Australia, di mana pasukan New Zealand telah menjadi juara dengan menumpaskan Perancis dalam perlawanan akhir, manakala Australia telah menduduki tempat ketiga.

cobra10s 2008

Posted by Blogger Malaya | 10:40 AM | | 0 comments »




Group A
ROYAL EME (MAL)

The Electrical, Mechanical and Engineering corps of the Malaysian Armed Forces.

Team:
Shahrudin bin Hashim, Norhisham bin Ibrahim, Syed Nazaruddin bin Syed
Kamaruddin, Rohimi bin Ahmad, Nik Phahizamzuri bin Nik Mohamad, Hair Izwan bin
Mohd Ramli, Mohd Razif bin Zainol, Victor bin Galikin, Lailatul Norazlee bin Shaari,
Ahmad Shahrul Hafiz bin Abu Bakar, Syed Zainudin bin Syed Mohd Shah, Mohd
Azuwar bin Hassan, Muhammad Suwardi bin Supawi, Shafee bin Burhanalis and
Mustafa bin A.Wahid

Coach:
Khairizal bin Ali Amat

Manager:
Mej Dzulkifli bin Hj Taib

Kor JLJ Diraja bukti keupayaan
Berita Harian - Khamis, 30 Oktober 2008






















KOR JLJ DIRAJA JUARA LAGI

Posted by Blogger Malaya | 10:28 AM | 0 comments »

KOR JLJ DIRAJA JUARA LAGI
Written by Administrator
Friday, 28 December 2007



KOR JLJ DIRAJA muncul juara Kejohanan Ragbi Blackhawk Airod Canterbury 7s yang juga merupakan kejayaan hatrik, muncul juara 3 kali berturut-turut dalam tempoh sebulan. Sebelum ini JLJ telah berjaya mengungguli Kejohanan Perlis Canterbury 7 sepasukan dan Kejohanan Ragbi Terengganu 10 sepasukan.

Dalam pertemuan petang semalam, Kor JLJ DiRaja sekali lagi melakukan kejutan dengan menewaskan pasukan Canterbury (12-5) yang terdiri daripada pemain-pemain ragbi tujuh sepasukan kebangsaan yang baru pulang dari Sukan SEA Korat. Terlebih dahulu Canterbury telah menyekat kemaraan pasukan tuan rumah RMAF Blackhawk dengan membenam 31 mata tanpa balas diperingkat separuh akhir Cup. Sementara itu dalam separuh akhir kedua JLJ terpaksa berhempas pulas untuk mengalahkan RMR Warriors (10-7).

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara.


Foto : Mohd Azuwar (JLJ-Merah) cuba disekat oleh pemain Canterbury di perlawanan akhir Cup Kejohanan Ragbi Blackhawk Airod Canterbury 7s di Padang Bellamy.


Foto: Kor JLJ DiRaja Juara Blackhawk Airod Canterbury Sevens 2007

SENARAI NAMA PEMAIN TERLIBAT LATIHAN PUSAT A5N

SELANGOR

1. Mohd Azwan Azimi-Cobra

2. Kini Rosolosolo-Cobra

3. Dineshwaran-Cobra

4. Faiz Samsukhidir-Cobra

5. Emir-Cobra

6. Nestor Majin-Cobra

7. Mohd Taufik Mohd Nor-ASAS

8. Mohd Farid Syazwan Abu Bakar-Ex Lions

9. Meor-Ex Lions



N SEMBILAN

1. Mohd Mazuri Sallehuddin- NS Wanderers

2. Ainol Fizy Roslan- NS Wanderers

3. Shahizam Tukiran- NS Wanderers

4. Mohd Nazri Ahmad- NS Wanderers

5. Mohd Nizam Muhd Aziz- NS Wanderers

6. Mohd Azli Ludin- NS Wanderers



ATM

1. Mohd Hazuan Zakeri-Blackhawk

2. Mohd Mohsin Abdullah-Blackhawk

3. Mohd Rozhan Mahmood-Blackhawk

4. Mohd Saifudin Sharini-Blackhawk

5. Salmi Shaari-Blackhawk

6. Mohd Taufik (Tepet) –Blackhawk

7. Walter Samuel-Blackhawk

8. Mohd Efendi Uzir-JLJ intake 33

9. Mohd Azuwar Hassan-JLJ intake 32



KELANTAN

1. Mohd Hazizi Md Abd Sani

2. Mohd Khairul Azhar Md Noor-ASAS

3. Mohd Saizul Hafiz Md Noor-Cobr

4. Mohd Saizul Hafifi Md Noor-ASAS

5. Mohd Faizul Zainal Abidin-UPM Angels



KEDAH

1. Mohd Fairuz Abd Rahman-Alor Setar Blues

2. Mohd Zaidi Zainal-Alor Setar Blues

3. Mohd Razif Jamaludin-Alor Setar Blues

4. Ahman Tauban Othman Azizi-Alor Setar Blues

5. Rushdi Roslan-Alor Setar Blues

6. Kamarul Azlan-Alor Setar Blues

7. Ahmad Nur Ain Abd Rahman-Alor Setar Blues

8. Nizard Md Noor-Alor Setar Blues



SABAH

1. Apenisa

2. Iskandar Wasli

3. Lee Wai Meng

4. Zamorin Mingo

5. Stanley



PERLIS

1. Badrul Hisham Basri-Cobra

2. Saiful Basyar-ASAS

3. Mohd Amin Jamaluddin-Cobra

4. Mohd Syahir Asyraf Rosli-Cobra/UiTM Arau

5. Wan Mohd Faizal Zulkifli-Cobra/SSBP



SSBP

1. Nazmi Husin

2. Ruzaini Rozan

3. Razmi Rozan

4. Mohd Nazeer Mohd Nesharah



PDRM

1. Mohd Fazarul Helmi Othman

2. Mohd Rizal Shamsudin

KUALA LUMPUR

1. Nik Safuan Ismade Nik Man-DBKL



TERENGGANU

1. Mohd Hafiz Zainal

ANTARA LIGA SUPER- KRM 2009 DAN JATUH BANGUN PASUKAN NEGARA

KUALA LUMPUR, 25 Feb 2009 – Lapan kelab terbaik ragbi kebangsaan bakal beraksi bagi merebut kejuaraan Liga Super-KRM 2009 yang dijadualkan berlangsung pada 21 Mac sehingga 18 April ini. Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) sudah menamakan pasukan-pasukan yang layak beraksi seperti NS Wanderers, SRC Eagles, Cobra, Alor Setar Blues, RMAF Blackhawk, Kor JLJ DiRaja dan Bandaraya Dragons di kejohanan antara kelab yang paling berprestij itu. Kejohanan ini juga adalah sebagai gelanggang pemanas badan dan persiapan pemain-pemain negara sebelum memikul tugas yang lebih berat di Kejohanan HSBC Asian 5 Nations yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada bulan Jun nanti.

Menurut KRM lagi, pasukan yang layak untuk bertanding telah di pilih berdasarkan keputusan Kejohanan Antara Kelab Kebangsaan (NICC) musim 2008. Sekiranya berlaku penarikan diri di antara lapan pasukan ini, KRM telah membuat keputusan untuk memilih daripada 2 lagi pasukan tambahan iaitu RMR Warrior atau Polis Bersatu sebagai pasukan gantian untuk melengkapkan 8 pasukan bertanding.

HSBC Asian Five Nations

Kejohanan HSBC Asian 5 Nations 2009 adalah di antara Malaysia, China, India dan Pakistan. Kejohanan yang sama tahun lalu telah memperlihatkan pasukan Malaysia berjaya menewaskan Pakistan dengan mata 30-05 tetapi turut juga kecundang di tangan tuan rumah Thailand. Pada ketika ituThailand telah berjaya membenam Malaysia dengan mata 30-07.

India dilihat bakal mencari peluang untuk bertemu Malaysia pada tahun ini setelah mereka gagal pada tahun lepas di Army Stadium Bangkok. India telah tewas di tangan Thailand namun mereka telah bangkit semula menewaskan Pakistan dengan rekod mata yang terbesar setakat ini, 92-00.

Dalam membariskan pemain-pemain terbaik dalam skuad negara, KRM tidak boleh memandang remah akan kemampuan India kerana skuad ragbi India akan cuba mencuri tumpuan umum dengan memperlihatkan kemampuan terbaik mereka untuk bertemu pasukan Malaysia termasuk memperbaiki kedudukan ranking mereka di IRB. Malah mereka telah membuat persediaan rapi sejak setahun lalu menjelang persiapan Commonwealth Games Delhi 2010 yang turut menyenaraikan sukan ragbi sebagai acara sukan yang dipertandingkan.

Kini Malaysia berada di ranking 78 manakala India di ranking 80. Semoga ranking ragbi negara akan meningkat ke kedudukan lebih baik menjelang bulan Julai nanti.



KEPUTUSAN HSBC A5N 2008, Bangkok, Divisyen II

Thailand vs India 30-22
Malaysia vs Pakistan 30-05
India vs Pakistan 92-00
Thailand vs Malaysia 30-07

GAMBAR LAMA - RAGBI @ SJLJ

Posted by Blogger Malaya | 7:01 AM | | 0 comments »

SEJARAH SUKAN RAGBI TENTERA DARAT

Posted by Blogger Malaya | 6:53 AM | | 0 comments »


1. Sejarah awal penubuhan ragbi di dalam Tentera Darat bermula disekitar tahun 1936, apabila sekumpulan pegawai dan anggota daripada Tentera British yang bertugas di Tanah Melayu berusaha membentuk tim ragbinya sendiri. Tim tersebut dikenali sebagai Army Malaya dan memulakan langkah pertamanya menyertai pertandingan All Blues Cup pada tahun yang berikutnya.

2. Pengembangan tim tersebut telah terhenti untuk seketika ketika Tanah Melayu dikuasai oleh Tentera Jepun. Idea serta usaha penubuhan semula tim ragbi Tentera Darat telah mendapat nafas baru melalui penubuhan Malaysian Armed Forces Rugby Union pada tahun 1960. Pada ketika itu, ragbi menjadi sukan keutamaan di dalam setiap kor di dalam Tentera Darat. Namun begitu, tiada sebarang usaha untuk menyatukan para pemain ini untuk menjadi sebuah tim yang membawa imej dan kegagahan Tentera Darat.

3. Di dalam Tentera Darat, sukan ragbi mula mendapat tempat dan menjadi sukan teras pada tahun 1968 apabila tertubuhnya Armed Forces Apprentice Trade School (AFATS), Port Dickson yang diteraskan oleh Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja. Pada ketika itu, Kapt Wong Hin Jee (bersara Kol) yang ketika itu memegang jawatan sebagai Senior Military Training Officer (SMTO) telah menjadi penggerak kepada penyatuan para pemain ragbi bagi setiap kor dan seterusnya menjadikan AFATS sebagai Pusat Latihan dan Kecemerlangan Ragbi Tentera Darat. Setahun selepas penubuhan AFATS, tim ragbi telah mula menyertai kejohanan di peringkat negeri dengan menyertai acara Negeri Sembilan Schools Rugby Competition (NSSRC) dan kejohanan Malaysian Schools Rugby di Ipoh, Perak pada tahun 1969 dan 1970.

3. Semenjak awal penubuhannya, Tim Ragbi Tentera Darat terus berkembang dan menunjukkan belangnya serta mula dikenali disekitar rantau ASEAN serta negara-negara Komenwelth. Kecemerlangan tim berkenaan terus digilap dan diwarnai dengan penyusunan semula tim berkenaan ke dalam Sekolah JLJ pada tahun 1985. Pengurus Tim Ragbi Tentera Darat pada masa tersebut, Kapt Mohammad Taib bin Tahir (Jurulatih Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Sekolah JLJ) telah bertindak effisyen bersama-sama dengan ............. Kpl Shamsudin bin Abu Bakar sebagai Jurulatih, memulakan usaha gigih menaikkan imej tim berkenaan.

4. Usaha tersebut tidak sahaja tertumpu kepada para pemain senior yang sedia ada, malahan telah memilih serta melatih anggota-anggota pelapis terutamanya dari kalangan penuntut Sekolah JLJ dan AFATS. Pelapis yang dikenalpasti berpotensi serta mempunyai asas permainan ragbi, telah diketengahkan bagi menjalani latihan pusat dan seterusnya mewakili Sekolah JLJ ke Pertandingan Peringkat Tentera Darat, Angkatan Tentera Malaysia dan ke peringkat Negeri.

5. Hasil kesungguhan dan kegigihan kedua-dua individu berkenaan yang turut dibantu oleh beberapa pegawai dan anggota daripada Sekolah JLJ, tim ini telah dapat melahirkan ramai pemain yang berbakat serta mampu untuk bersaing di peringkat Tentera Darat khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia amnya. Hakikatnya, idea pengembangan Tim Ragbi Tentera Darat tersebut telah menjana ilham terhadap penubuhan Tim Ragbi Tentera Darat pada tahun 1988. Diilhamkan oleh Pegawai Memerintah pasukan 91 Woksyop Pusat Angkatan Tentera pada ketika itu, Leftenan Kolonel Wong Hin Jee telah bertindak mencadangkan Tim Ragbi Kor JLJ Diraja. Beliau yang dibantu oleh Jurulatih Ragbi Tentera Darat ..............Sjn Shamsudin bin Abu Bakar telah memulakan langkah pertamanya dengan penuh bergaya apabila menjuarai Kejohanan Ragbi Antara Kor dan Rejimen Tentera Darat buat kali pertama pada September 1988 menewaskan RAMD diperlawanan akhir. Kejayaan demi kejayaan terus didominasi oleh Tim Ragbi Kor JLJ Diraja malahan skop kejayaannya terus diperluaskan kepada Tim Remaja Ragbi Tentera Darat (bawah 23) dan menjadi johan diperingkat Kejohanan Ragbi Bawah 23 Tahun Peringkat ATM pada tahun 1990. Pada tahun yang sama juga Tim Ragbi Tentera Darat ini terus menggungguli hampir kesemua kejohanan seperti 10 Sepasukan TD dan Johan 7 Sepasukan ATM.

6. Dewasa ini dengan segala rekod kecemerlangan dan kejayaan Tim Ragbi Kor JLJ Diraja telah diberikan kepercayaan penuh menerajui serta menguruskan Tim Ragbi Tentera Darat. Pelbagai pengalaman pahit manis dan rekod-rekod kecemerlangan Tim Ragbi Tentera Darat menjuarai banyak kejohanan samada di peringkat TD, ATM, Negeri dan Kelab-Kelab Kebangsaan diabadikan di dalam laporan ini. Dengan Perancangan dan pengurusan yang rapi Tim Ragbi Tentera Darat khasnya dan Tim Ragbi Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja amnya akan terus mengorak langkah dengan selain turut mengharumkan nama TD di peringkat Angkatan Tentera Malaysia, Negara dan di pesada dunia amnya.

KERATAN AKHBAR - 2

Posted by Blogger Malaya | 6:44 AM | 3 comments »




KERATAN AKHBAR - 1

Posted by Blogger Malaya | 10:02 PM | | 0 comments »

SOS!!! UNKNOWN RUGBY INTAKE

Posted by Blogger Malaya | 9:16 PM | | 0 comments »

GAMBAR NIH DAPAT LAST YEAR SMASA MENCARI BAHAN UNTUK PEMBIKINAN "BUKU WARISAN EMAS KOR JLJ DIRAJA


Berdiri dari kiri: 047 Mohd Nasir (saya), 052 Abd Hamid dan dikanan sekali 028 Jaafar Salim
Duduk dari kiri: 012 Yusof Manas, 006 Sardi, 029 Amin Ridzuan, Cpl Bouy (PTI), 011 Amin Zubir, 041 Othman
dan barisan depan X 015 Sapiyee,di belakang shield adalah 020 Sabirin, 005 Harith & 036 Zawawi

thanks brader mohd nasir

INILAH DIA SIFU RAGBI KITA SEMUA

Posted by Blogger Malaya | 8:57 PM | | 0 comments »







email : hinjee@hotmail.com

OTAI PIC FROM BRADER DATO' HJ KAMALUDIN

Posted by Blogger Malaya | 8:42 PM | | 0 comments »

YG NIH DEN KONAL NIH.... BRADER HJ MASA MUDA2 DULU....AHAHAHHHHAAA


senarai nama duduk dari kanan... sjn (b) dato' hj kamaludin, kapt PKW tahar, pw1 aman shaari, wak ramlan dimin, azizi korea, lkpl takek

senarai berdiri dari kanan... tak tau... hahaha.,.... nnti sy update

HERO RUGBY INTAKE 1

Posted by Blogger Malaya | 7:49 PM | | 0 comments »



Salam Bang Nasir, saya pernah main Rugby satu team dengan Kol. Wong Hin Jee, dia punya flying tackle fulamak!!! sure usung keluar padang hahahaha...masa yang sudah lama pergi tapi masih teringat2 kenangan manis tu
schilt

salam brader

Hero Rugby 1968 kini berumur 57 tahun.
Nak cungkil sejarah mereka Br Nasir boleh tolong cerita.

Munawar
Dahlan
Harith
Osman
Sardi
mereka adalah pemain rugger yang hebat 1968.1969, 1970

RAR




Rugby intake satu - kesah-kesah nya kenalah tanya team captain Brader Amin 011, saya memang dalam team masa tu tapi sebagai ull time pemain simpanan hanya bermain sekali saja sebagai full back itu pun tak sampai habis masa dan seorang simpanan lagi dah dapat full time linesman ia itu Brader Abd Hamid 052 (Arwah)

BRADER NASIR


Kalau ada gambar Rugby Intake 1 boelhbagi ccyber untuk masuk dlm blog xafatsruby.......

Dengan sikit story......

RAR



Bila the best tackler & fast flanker dari intake 6 mula bercakap tentang Rugby...hahahaha,
Masa Tri-Service lawan Navy , side step saya selalu tak menjadi bila Ramle Mingon membuat kerlingan mata yang tajam tu...
Skot, kita form up Veteran Rugby Team, atleast kita boleh masuk 7 aside for Veteran kat Hatyai 7's , apa macam ?..


schilt

PIALA SUPER KRM 2009

Posted by Blogger Malaya | 7:24 PM | , | 0 comments »

MRUSANDAKAN EAGLES JULANG PIALA SUPER KRM 2009
5 PENALTI BADRUL HISHAM GAGAL BANTU COBRA.

Kejayaan Badrul Hisham Basri menyempurnakan 5 sepakan penalti yang memberikan 15 mata peribadinya dan untuk pasukan COBRA dalam perlawanan akhir Piala Super KRM 2009, gagal untuk menidakkan kebangkitan Sandakan Eagles di separuh masa ke dua.

Bermula dengan baik dari awal wisel dibunyikan oleh Pengadil Khairulizam Ramli, COBRA pantas mengasak kubu Eagles yang nampak gugup dengan reputasi lawan mereka yang lebih berpangalaman selepas mengharungi beberapa perlawanan liga sebelum ini serta sebagai Juara Liga Super KRM 2009.

Anugerah penalti di minit ke 2, pantas di sepak kemas oleh Badrul Hisham untuk mendapat 3 mata pertama permainan dan di minit ke 8, sekali lagi Badrul Hisham menghukum Eagles dengan sepakan penaltinya.

Eagles cuba bangkit membuat serangan balas, tetapi benteng COBRA kemas bertahan dan sekali sekala membalas serangan tetapi malangnya masih gagal untuk memasuki kawasan gol Eagles kecuali dengan mencuri 3 lagi mata melalui sepakan Badrul Hisham di minit ke 36 untuk menjadikan kedudukan lebih selesa kepada 9-0.

Namum Eagles yang nampak tidak berputus asa, berusaha keras mengasak kubu COBRA yang akhirnya bolos juga dengan try oleh Apenisa Vasutoga di minit ke 40. Dan dengan kejayaan sepakan conversion oleh Mohd Raslan, Eagles merapatkan jurang sebelum wisel rehat dibunyikan.

Separuh masa ke dua, Badrul Hisham sekali lagi menghukum Eagles dengan sepakan penalti ke 4 nya di minit ke 51 permainan untuk menjarakkan mata tetapi kebangkitan Eagles selepas itu gagal dibendung oleh COBRA yang kelihatan agak layu disebabkan oleh permainan pantas dalam keadaan cuaca yang agak panas pada petang semalam. Try minit ke 58 oleh pemain gantian Eagles, Fain bin Musa untuk menyamakan kedudukan kepada 12 sama seolah-oleh memberi harapan baru kepada Eagles dalam usaha mereka memburu kejayaan, lantas memberi tekanan kepada COBRA yang sedikit goyah untuk mengikuti rentak permainan pantas Eagles yang nyata lebih tinggi kecergasan mereka.

Dan ditambah dengan try sekali lagi oleh Faim Musa, 4 minit kemudiannya, melonjakkan pegawai dan pemain simpanan pasukan Eagles dari bangku simpanan atas kegembiraan mereka mendahului untuk kali pertama selepas 62 minit permainan.

COBRA cuba bangkit dengan menyusun semula barisan serangan mereka, namun peluang yang diperolehi disia-siakan apabila memasuki kawasan berhampiran gol Eagles dengan kesilapan-kesilapan kecil yang tidak harus berlaku kecuali tambahan 3 lagi mata dari sepakan penalti Badrul Hisham untuk menjadikan kedudukan 15 - 17 di minit ke 75.

Dan dalam kegairahan COBRA mencari kemenangan mutlak untuk membuat try, giliran Jude Rapanganjouw menghukum COBRA dengan sepakan penalti diminit ke 78 untuk menjarakkan semula kedudukan kepada 20 - 15 yang juga kekal sehiggalah wisel penamat dibunyikan.

Dengan kemenangan ini, Sandakan Eagles yang hadir dari "Bumi di Bawah Bayu" merasakan usaha mereka membelanjakan lebih dari RM50 Ribu dalam menyertai kejohanan tahap tinggi peringkat kelab ini, berbaloi.

Sementara itu, dalam permainan bagi menentukan Juara Plate Piala Super KRM di antara pasukan NS Wanderers dan JLJ Diraja yang diadakan pada awal petang, dimenangi oleh NS Wanderers dengan keputusan 25 - 15.

Walaupun pada mulanya, NS Wanderers nampak mudah untuk mengatasi JLJ dengan penalti di minit ke 2 oleh Mohd Nor Jefri dan diikuti dengan try Nazmi Husein di minit ke 5, serta conversion Mohd Nor Jefri, namun JLJ sekali sekala bangkit dengan asakan berkesan mereka ke kubu NS Wanderers untuk mengutip mata melalui sepakan penalti Shafee Burhanalis di minit ke 9 sebelum giliran Bendito Koroi menambah try di minit ke 13 permainan serta sepakan conversion Mohd Nor Jefri untuk menjadikan kedudukan 17 - 3 berpihak kepada Wanderers. Minit ke 22, gerakan menarik dan tersusun dari JLJ menyaksikan Shafee meloloskan diri untuk melakukan try pertama JLJ untuk menjadikan kedudukan 17 - 08 berpihak kepada Wanderers sebelum wisel rehat dibunyikan oleh pengadil Rahimi Mohd Mansur yang dipertanggungjawabkan untuk mengawal permainan.

Seminit masuk separuh masa ke dua, Ainol Fizy Ruslan mengejutkan barisan pertahanan JLJ yang gagal membuat tackle yang kemas untuk memberi peluang kepada pemain kebangsaan itu, melakukan try bagi menambah 5 mata, namun JLJ membalasnya dengan try oleh Shafee 5 minit kemudian dan dengan conversion oleh Rohimi Ahmad, JLJ merapatkan lagi jurang mata kepada 22 - 15.

Dalam usaha mereka untuk terus merapatkan mata, JLJ di hukum oleh penalti Mohd Nor Jefri di minit ke 71 untuk menjarakkan diri kepada perbezaan 10 mata tetapi semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh pemain JLJ di sepanjang kejohanan ini amat mengkagumkan. Walaupun menyedari usaha mereka tidak akan memberi kemenangan mutlak, mereka tetap berusaha untuk melakukan try walaupun ianya sudah masuk ke minit ke 80 iaitu masa penamat permainan. Dengan try terakhir yang dilakukan oleh Mohd Razif dan sepakan conversion yang tidak berjaya, JLJ akur dengan keputusan 25 - 20 berpihak kepada NS Wanderers yang sekali gus menjuarai kategori Plate yang dipertandingkan.

KEPUTUSAN PENUH

PLATE : NS WANDERERS bt JLJ DIRAJA - (25 - 20)
CUP : SANDAKAN EAGLES bt COBRA - (20 - 15)

Tahniah kepada pasukan yang berjaya dan terima kasih kepada semua pasukan, pegawai, pemain, pegawai perlawanan, pegawai teknikal, petugas, Media, penyokong dan peminat sukan ragbi yang telah memberikan kerjasama yang baik di sepanjang kejohanan Liga Super KRM dan Piala Super KRM ini dijalankan.

Dan setinggi terima kasih kepada pemilik-pemilik padang permainan yang telah memberi kebenaran kepada KRM untuk menggunakannya, terutamanya kepada Politeknik Sultan Salehuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam, TUDM Subang dan UPM Serdang.

Posted by Blogger Malaya | 7:19 PM | , , , | 0 comments »

rugby: moving forward




Welcome to XATAFS RUGBY Official BLOG. A blog created to give detailed information about the xafats rugby scene in Malaysia and International. The objective is to give the experience and a whole new perspective about the rugby nation.

Rugby is a sport created by gentlemen and played by gentlemen. A game of finess, strategy and strength to acheive the ultimate goal which is, being the best of the best.

We try to bring the latest news about rugby in Malaysia through this website. Any suggestion or comments can be directed to us @ ccyber5@gmail.com

BLOG OTAI RUGBY FROM AFATS

Posted by Blogger Malaya | 6:15 PM | , , , | 0 comments »


Bissmillahirrahhmannirrahim,

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dgn limpah dan kurnianya berjaya kami melakarkan segala aktiviti ragbi xafats bermula dari intake 1 pada tahun 1969 sehingga kini. Ini semua hasil usaha Brader Lani, Brader Dato' Hj, Brader RAR, Brader HS, Brader Mohd Nasir, Brader Kamarudin Abu, Brader Rosli JG dan ramai lagi dari Brader Group. Semoga dgn kehadiran blog ini akan dapat kita berkongsi pandangan dan buah fikiran serta nostalgia permainan ragbi intake 1 sehingga intake yang terkini sekarang ini.