Keputusan Perlawanan KJLJD(army) vs DBKL Dragon

Posted by Blogger Malaya | 1:52 AM | 0 comments »

Perlawanan di antara KJLJD dan Bandaraya Dragon yg berlangsung di Padang Pulapol, Kuala Lumpur tempohari telah berlangsung dalam suasana hujan lebat + petir memaksa perlawanan ditangguhkan sebyk 2 kali. Pada awal perlawanan, kita tlh mendapat satu mata penalti yg telah disempurnakan oleh Shafie Burhanalis (kekadang kepala angin jugak budak nih).

Kemudian pada pertengahan perlawanan separuh masa pertama, DBKL tlh mendapat try dihujung padang. Seterusnya ketika penghujung pelawanan, kita tlh mendapat try di bawah post.

Pada separuh masa kedua, DBKL bertambah bagus..... maka mereka mendapat 1 penalti dgn kedudukan 8-10. Seterus, hujan bertambah lebat... dan permainan kedua-dua pihak bertambah garang. Priiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiittttttttttttttt..... pengadil menghentikan permainan kerana hujan lebat + petir mengila masa tu. (tangguh dlm 25 minit).

Pastu sambung permainan semula. Kita dapat 2 penalti tapi satu je conversion yg masuk.( hampehhh!!! sapa laa punya kaki yg kick nih) Kemudian DBKL menganas dan terus mengganas... KJLJD terus bertahan sama mcm game ngan blackhawk aritu... PRIIIIIIITTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT!!!!

abis game daaaaaa...
kita menang lagi tuk kali kedua liga super KRM 2010 dgn mata 13-8.

sory gambar2 nih je yg ada... ehsan dari san...

 
  


 
 

0 comments