Piala Super KRM 2009

Posted by Blogger Malaya | 11:03 AM | | 0 comments »

Eagles juara Piala Super KRM

Oleh Mohd Ali Majid
bhsukan@bharian.com.my

SANDAKAN Eagles berjaya muncul juara Kejohanan Ragbi Piala Super KRM selepas menewaskan pasukan pilihan, Cobra 20-15 dalam perlawanan akhir di padang Politeknik Sultan Abdul Samad di Shah Alam, semalam.

Sekalipun lima penalti oleh bekas ketua pasukan kebangsaan, Badrul Hisham Basri gagal membantu Cobra merampas mahkota kejuaraan itu walaupun pemain itu gah dengan tiga penalti pada babak pertama dan dua penalti pada babak kedua.

Jelas Sandakan Eagles menuai kejayaan itu hasil keringat pemain, khasnya sumbangan Jude Ranpanganjouw ketika dia dengan bantuan tenaga import dari New Zealand dan Fiji menjadi penghalang dalam usaha Cobra mencari juara berganda selepas ditabalkan selaku juara Liga Super, minggu lalu.

Ketika kedudukan menyebelahi Cobra pada babak terakhir permainan, muncul pemain gantian, Fain Musa meletakkan pasukan di depan hasil try minit ke-62.


Dua minit sebelum tamat permainan Jude memastikan piala menjadi milik pasukannya apabila menyempurnakan penalti try. Sebelum itu dalam saingan merebut juara plate, NS Wanderers mengetepikan cabaran Kor JLJ Diraja, 25-20.

KEPUTUSAN
Sandakan Eagles 20 Cobra 15
NS Wanderers 25 Kor JLJ Diraja 20

0 comments