KOR JLJ DIRAJA JUARA LAGI

Posted by fendi ihsan | 10:28 AM | 0 comments »

KOR JLJ DIRAJA JUARA LAGI
Written by Administrator
Friday, 28 December 2007



KOR JLJ DIRAJA muncul juara Kejohanan Ragbi Blackhawk Airod Canterbury 7s yang juga merupakan kejayaan hatrik, muncul juara 3 kali berturut-turut dalam tempoh sebulan. Sebelum ini JLJ telah berjaya mengungguli Kejohanan Perlis Canterbury 7 sepasukan dan Kejohanan Ragbi Terengganu 10 sepasukan.

Dalam pertemuan petang semalam, Kor JLJ DiRaja sekali lagi melakukan kejutan dengan menewaskan pasukan Canterbury (12-5) yang terdiri daripada pemain-pemain ragbi tujuh sepasukan kebangsaan yang baru pulang dari Sukan SEA Korat. Terlebih dahulu Canterbury telah menyekat kemaraan pasukan tuan rumah RMAF Blackhawk dengan membenam 31 mata tanpa balas diperingkat separuh akhir Cup. Sementara itu dalam separuh akhir kedua JLJ terpaksa berhempas pulas untuk mengalahkan RMR Warriors (10-7).

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara.


Foto : Mohd Azuwar (JLJ-Merah) cuba disekat oleh pemain Canterbury di perlawanan akhir Cup Kejohanan Ragbi Blackhawk Airod Canterbury 7s di Padang Bellamy.


Foto: Kor JLJ DiRaja Juara Blackhawk Airod Canterbury Sevens 2007

0 comments