Braders ,

Saya main rugby ni kat AFATS tahun 80 di paksa oleh Ltm Ramli Komando...Intake kami jadi pilihan dan dia yang lanyak kami. Sampai ke JLj kami daftar untuk teruskan permainan untuk open NS dan dapat jadi naib johan (ketika itu sapa dapat johan/n-johan diarak tawaf satu EME School dan dipelawa makan ngan CO (Kol Zainal) kat rumah makan pegawai.

Dan lepas tu intake kami meneruskan tanpa ada pegawai tapi dilatih oleh LC Shamsudin (Mej) ketika itu sedang kursus penyesuaian untuk class 2/1 sebab dia terus ke JK 2 Letronik DAN ramai juga pegawai yg join masa tu.

Setelah saya posting ke Arti Wing, saya masih dipanggil untuk latihan pusat dan proses ini berterusan sehingga saya berhenti tahun 91. Nama-nama pegawai yang disebut tu ada tapi menjadi pegawai sahaja bukan pemain. Pegawai muda yang puas main seingat saya LT Zul Pendek, Kapt Ashif, Lt Shamsudin (WEO), Kapt Hanapiah (KOL) dan Kapt Sahar(WEO),Kapt Mohd Noor...Yang lain jadi pegawai pengiring pasukan.

NANTI SAYA CITA LAGI...

0 comments