Mengikut sejarah, permainan ini bermula pada tahun 1823 di sebuah sekolah di England. Orang yang dipercayai bertanggungjawab terhadap permulaan dan penciptaan permainan ini adalah William Web Ellis.
Menurut ceritanya, semasa bermain bolasepak William Webb Ellis tanpa diduga telah menangkap bola lalu dibawanya lari. Melihatkan perbuatan Ellis itu, rakan-rakan berasa marah dan terus mengejarnya. Yang menarik, lagi kuat Ellis berlari lagi ramai rakan-rakannya mengejar. Akhirnya terjadilah pergomolan dikalangan mereka dalam usaha merebut bola itu. Perbuatan Ellis itu diikuti pula oleh rakan-rakannya. Meraka kemudian turut melakukannya, maka bermulalah sejenis permainan baru.
Bagaimanapun ketika itu tiada siapa yang mahu menerima atau mengambil perbuatan Ellis dan rakan-rakannya untuk diperkembangkan sebagai sukan. Hanya kira-kira setengah abad kemudian, iaitu setelah Ellis meninggal dunia, barulah perbuatannya itu diingat kembali. Seorang rakannya, Mattheur Bloxam, telah menceritakan kembali perbuatan Ellis di dalam artikelnya di dalam majalah The Meteor pada tahun 1888. Sebagai mengenang jasa beliau, piala Kejohanan Ragbi Piala Dunia yang pertama telah dinamakan ”William Web Ellis Thropy” yang diadakan di Australia, di mana pasukan New Zealand telah menjadi juara dengan menumpaskan Perancis dalam perlawanan akhir, manakala Australia telah menduduki tempat ketiga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments
Post a Comment